Sunday, December 27, 2009

CERITA KITA HARI INI BERSAMA EN NHM.....................

Dah lama dah cite ni, dalam beberapa bulan lepas gak tp hehehhe baru nak upload...

Adala satu hari dlam bulan 10 tu kan, kami mendapat jemputan daripada seseorang untuk kuar makan2, hahahahah kami ni apa lagi, tanpa banyak cerita menerimalah jemputan tu dengan berbesar jantung, apatahlagi bla mendengar tempat makan tu adalah di KFC, heheheheh bukan selalu ada orang nak belanja kami yg memang semuanya kuat makan ni, yelah kan takut orang pokai oleh kami.

Tetapi orang ni manalah kisah semua tu, baik betul beliau ni hehhehe, orangnya tak lain tak bukan ialah en Norulhadi Muhamad, pensyarah bagi subjek major Pengajian Sosial kami. Beliau ni merupakan bekas tutor kami sepanjang 1 tahun setengah semasa berada dalam PPISMP, tapi lepas masuk degree start tahun ni, tbe2 tukar tutor lak, ha takpala, tak kisah pun, kami masih lagi anggap dia tutor kami gak, sekali jadi tutor kami, smpai bila2 kami akan anggap gtu.


Em malam ni, sebenarnya jugak bertujuan untuk meraikan budak2 kelas kami yg lahir pada bulan 10 dan 11 yang akan memasuki tahap umur 2o tahun, dan ada jugak sorang yg nak masuk 21 tahun da. hahahah tua jugak akhirnya dorang ni, mengikuti jejak langkah bdk2 lain yg lahir sekitar bulan 1 hingga 9. Em pape pun, selamat menyambut hari lahirla buat meraka semua, semoga panjang umur dan murah rezeki, Hadiah dah dapat kan, semoga menerima dengan ikhlas hehehehehe.

Nak dijadikan ceritala kan, kami semua ni kuar malam ni dengan ditaja oleh pengsponsor terhebat kami iaitu En Hadi, pokoknya la kan semuanya kna sponsor oleh beliau, bermula dari sewa kereta, minyak kereta, makan2 kat KFC tu yg sangat mengenyangkan, entah brapa banyak beliau habis duit kat sana, pas KFC, destinasi terakhir kami berkumpul sebelum pulang IP ialah Giant,hahahah tempat bdk2 IP suka ge beli belah. Sebelum pulang, en Hadi sekali lagi telah mengsponsor kami semua dengan minuman shake, aduyai sedap o tu minuman, eehehehe tp tgok jugakla harganya. TERIMA KASIH SETINGGI-TINGGI GUNUNG KEPADA EN HADI,ADA MASA JANGAN LUPA BLANJA LAGI, HEHEHHEHE

sesiapa yang nak blanja kami mesti berfikir beribu-ribu kali dulu,kalau tdk menyesal, bap kami ni makan entahla, macam bukan orang yg makan, ibarat orang cakapla kan, " tauke kayu balak pun bole bangkrup oleh kami" hahahahha.

0 comments:

Post a Comment