Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010

Dalam beberapa jam lagi, maka kita semua akan melangkah ke tahun 2010, harapan kami agar, kita semua akan menjadi lebih baik lagi pada tahun hadapan, dan semoga tahun hadapan akan memberikan kita seribu satu rahmat dan kebahagiaan,Amin.

Dan kiranya start esok, dah 1/1/2010. Ahlan Wasahlan 2010, dan bermula hari ni, rasanya sy sudah patut menukar nama untuk ruangan KU dan PKU disebelah, harap maklumlaah kiranya sudah memasuki sem 3 ini.

Ui Pulang kamu semua


Em esok dah masuk tahun baru, dan itu bermakna, cuti sudah mau habis, 4hb, 1, 2010 maknanya kita akan start kuliah lagi, kalau sebut pasal kuliah mesti banyak mulut yang akan cakap, adui malasnya mau kuliah, hahahha terutama pelajar kelas PS,hehehhe mau bwat macam mana kan, bawak2 besabar jela.

ini bermakna sma ada tgal 1,2 kita semua suda dialu-alukan pulang ke IP hehehe, dan selewat2nya pada 3hb malam, dan jangan pula ada yang balik tgal 4, tu kalau balik tgal 4 maknanya rajin sangat2 la sudah tu, untuk ke HEP menjawab surat cinta, hehehhehe.

Di sini ingin sy sebutkan nama2 yang diharuskan, diwajibkan dan dinanti-nantikan balik ke IP, sesiapa yang rasa ada nama dia tersenarai di bawah, jangan pura2 lupa beli tiket bas atau kapal laut atau rakit, atau ape2 jela yang sewaktu dengannya, yang IP mau tau, kita semua suda ke kuliah pada 4hb.

GENG ALONG
  1. Helika, yang berada di Kg Topokon , dekat2 Tamparuli kalau tidak silap, yang kakak ni, boleh naik rakit bermula hari ni, dan dijangka akan sampai malam 3hb atau tahun depannya lagi, hehehe.
  2. Dayu yang berada di Membakut, yang kakak ni, rasa2nya boleh naik kapal selam la, semoga tidak terkandas dalam perjalanan di laut ya, hehehe bap tahun baru ni, ikan2 pun ramai berkeliaran, naik kapal tu, jangan plak langgar jerung ya.
  3. Nelly, yang berada di Kuala Penyu, oleh kerana sana kg kak banyak penyu, saya rasakan sesuai sgtla tu menaiki penyu saja untuk smpai ke IP, jagan risau, akan smpai jgk tu, tp dak pastila brapa lama, tgok jgk kelajuan penyu anda.
  4. Luqman, yang berada di mana entah, mungkin jgk di KK sudah ni,dia ni Kg dia di Kota Marudu, tp hlg2 jgk, kdg balik Perlis la, KK la, itu semua tidak penting, yg pntg tugas utama dia, kna balik selewat2nya 3hb, bap nanti kakak dia di IP ni mengamuk lagi, kalau dak jmpa adik kesayangan dia ni, untuk abg ni, rasanya oleh kerana dia adik kesayangan kakak, maka dia patut naik jet pejuang untuk cepat sampai agar dikasihi dan disayangi kakaknya, hahhahahaha.
  5. Rina, ni orang ada di Kota Belud oleh kerana sana banyak lembu, Kak seharusnya memanfaatkan apa yang banyak di sana, lebih sesuai naik lembu balik IP, jgn risau, nanti sampai IP, boleh parking tu lembu di dpn umah Pngrah Tercinta, endak jgk dimarah tu, tp peringatan pd kak, ketika naik lembu tu, jgn plak berjoget di atasnya, almaklumlah kak ni hyper skit, tak kira tempat nak berdangdut, borjoget di atas lembu tu merbahaya di jalan raya, hahahha takut kna saman lak nti.
  6. Jeff, yang berada di Tamparuli, memang dan ,mesti menaiki kereta kuda untuk sampai cepat ke IP, semoga bergumbira di atas kereta kuda nanti, dan jangan mengurat di tgah jalan, nanti lu punya amoi marah di UMS sna, hehehhe
GENG ANGAH
  1. Amirul, yang kini berada di Kunak, oleh kerana selalu sangat naik keta pulang IP, apa kata kali ini, saudara berlari2 pulang IP, menggunakan kaki, ini kerana berlari boleh menjimatkan wang dan menggantengkan wajah anda.
  2. Florence,yang berada di Kota Marudu sana, anda wajar sebenarnya menaiki kumbang ka apa tu, ala yg ladybugs tu, supaya anda cepat sampai ke IP, tp jagan plak kasi tumpang c bebex skali, bap nanti dikata bercengkerama lak di atas 1 kumbang, bahaya boleh kna saman nanti, hahahhah
  3. Heidi, yang berada di Penampang, ni saudari, kalau mau balik IP, rasanya ,menaiki motor pulang IP paling sesuai, bap kami semua tau anda pakar menunggang motor, hhahah hati2 di jalan.
  4. Wanti, yang berada di Tuaran, oleh kerana kamu paling menyayangi dan mencintai IP, anda disarankan menggunakan Kambing untuk pulang ke IP tercinta, nanti di pertengahan jalan mungkin anda akan terjumpa along anda Rina yang juga menaiki lembu, mungkin anda patut berkonvoi ke IP, tempat parking kambing anda nti boleh diletakkan bersama lembu along anda.hehehehhehehhehheh
  5. Keneth, yang berada di Sandakan, ni saudara, rasanya patut meniki tikar terbang untuk sampai ke IP, nanti saudara boleh pegi jumpa laksamana Do, dan pinjam tikar terbang dia untuk pengangkutan pulang saudara.
  6. Zatie, yang berada di Labuan, anda disarankan menaiki ikan paus untuk sampai ke IP, anda patut berubah sebentar daripada menaiki speed boat slalu, baiklah anda menggunakan pengangkutan tradisional,hahhahha ikan paus tu besar, rasanya muat untuk membawa anda dan segala barang2 anda itu, kalau mau bawak rumah sekali pun, muat jugak rasanya, hahahhahahahhaha
  7. Ayin, yang berada di Tawau, mungkin kamu patut berjalan kaki saja pulang IP, jimat kos dan akan cepat sampai membawa kunci kepada rumet anda.
  8. Seri, yang berada di Likas kk, rasanya kamu patut menaiki beca untuk sampai cepat ke IP, jangan lupa bawak tempe dan soto untuk makan2 di perjalanan, agar tidak kebosanan nti, hehhehe, mau bwak c khai pun bole, suru dia kayuh tu beca, hahahhaha
GENG ACIK
  1. Azila, yang berada di Lahad Datu, demi keselamatan anda untuk sampai ke IP, rasanya anda boleh menggunakan pengangkutan 3 tayar untuk membawa anda dan barang2 anda yang ramai tu, kenderaan yang bernama geroba, kalau tidak tau, bole tanya rumet anda, selamat sampai ya, jangan buang sampah dari plastik makanan di sepanjang perjalanan ya.
  2. Dayah, yang berada di Semporna, untuk smpai ke IP, rasanya kamu perlu meniki sampan, tu lebih selamat dan berkhasiat untuk anda, jangan membuang benda2 yang sewaktu dengannya ke dalam laut, ini kerana bahan buangan tersebut akan mengotorkan pemandangan laut, hahahahhah
  3. Patricia, yang juga berada di Sandakan, rasanya kamu tidak perlu bersusah payah, mungkin kamu patut bersama2 angah kamu keneth untuk pulang ke IP menaiki tikar terbang, hati2 ya, kalau takut jatuh, keneth ada jgk untuk sambut kamu, hehehhe
  4. Rachel, yang berada di Papar, kamu rasannya perlu berenang untuk sampai ke IP, ini bagus untuk kesihatan dan kecantikan kamu, hati2 di dalam air, takut ada plak ikan2 mengurat kamu atau berniat mau makan kamu, hahahhaha.
  5. Farhana, yang juga berada di Tawau,rasanya kamu perlu menaiki helikopter untuk smpai ke IP, selain cepat ianya juga tidak panas, kamu boleh mendaratkan helikopter kamu di atas astaka di padang sana, pasti cun, hahhahaha
Walau apa pun kenderaan atau cara anda untuk pulang ke IP, semoga selamat sampai dan jangan plak terjadi hingga anda terkandas di pertengahan jalan, jangan gaduh2, anda semua akan dapat kenderaan masing2, hahahhahahhaha, tatatititutu.


Wednesday, December 30, 2009

Kenapa saya???

kenapa harus saya?
kerana Tuhan tahu bahwa sy mampu...
kerana sy akan survive di sini...
kerana ada rencana tersendiri di sebalik semua ini..
that’s the reason... simpel kan?

Kadang-kadang


kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri...
Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya

" Tika kau lemah, Jadikan ALLAH sbg tempat utk meluah rasa,
tika kau goyah, kau perlu kuat krn kau pembawa agama,
tika kau rebah kau harus tabah krn kau mujahid muda...."

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,
Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.


Kekuasaan Allah


Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat….
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..

~ Umar Khayyam ~

Beringat-ingat

"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."

Besar makna kata2 di atas. Renung2kan dan fikir2kan

Tuesday, December 29, 2009

Muhasabah Diri Kita


Tak brapa hari lagi, kita akan tinggalkan tahun 2009, em nampaknya, akan beranjak lagi umur kita, makin bertambah tahun maka akan semakin tualah kita, tiada orang yang semakin tahun akan semakin muda.

Sebelum meninggalkan tahun ini, marilah kita ambil masa sejenak untuk memikirkan apa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini, baik dari segi kesilapan dan kebaikan yang telah kita buat. Orang yang tak sedar kesilapannya akan sentiasa mengulanginya sampai bila2.

Sebagai contoh, dalam pengurusan kewangan kita pada tahun ni, em tgoklah balik ke mana duit kita telah kita belanjakan, lihat balik apa benda yang patut dan tak patut yang telah kita beli, so tahun depan, janganlah ulangi balik, kalau tak, tu namanya tak fikir salah kita dan tak mahu perbetulkannya balik.

Banyak perkara yang perlu kita muhasabah diri tentang apa yang telah berlaku sepanjang tahun ni, ibarat kita belajar sejarah, kita belajar sejarah maknanya kita belajar apa yang telah berlaku pada waktu yang lepas, supaya kita tahu dan tak akan mengulanginya balik bila itu merupakan sesuatu yang salah.

Tak ada orang yang tak buat salah, daripada kesilapanlah kita belajar sesuatu yang baru, namun begitu, kita masih boleh melakukan kesilapan kerana itu lumrah kita sebagai manusia, tapi jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama, kerana itu maknanya kita tidak mempelajari sesuatu yang baru melainkan mengulanginya kembali.

So, sebelum kita melangkah ke tahun baru, kita nilailah diri kita sendiri, kalau bukan kita yang mahu menilai dan merubah diri, tak ada orang yang akan ubah kita, sebab orang lain juga mempunyai diri sendiri untuk dijaga dan dinilai.


Macam mana nak masuk IPGM

cara masuk IP


em banyak yang asyik2 tanya macam mana nak masuk IPGM, brapa kelayakan, em semuanya sebenarnya ada dalam laman web kementerian pelajaran Malaysia. Tapi ni sikit yg kami ingin kongsikan, nak tahu lebih lanjut, pegila ke laman web kementerian pelajaran http://www.moe.gov.my

KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:

i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

§ Bahasa Melayu

§ Bahasa Inggeris

§ Bahasa Cina

§ Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)

§ Bahasa Tamil

§ Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)

§ Matematik

§ Pendidikan Islam

§ Sains

§ Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

§ Pendidikan Seni Visual

§ Kemahiran Hidup

§ Pendidikan Jasmani

§ Bimbingan

§ Pemulihan

§ Pengajian Sosial

§ Pendidikan Muzik

ii. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Sains
  • Matematik
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Prasekolah
  • Pendidikan Muzik
  • Pemulihan
  • Bimbingan
  • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/ Penglihatan)


iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :

Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.

v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.


vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:

Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ½ - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;

§ Bachelor of Science (Honours) – Physics

§ Bachelor of Science (Honours) – Mathematics

§ Bachelor of Science (Honours) – Biology

§ Bachelor of Science (Honours) – Chemistry

§ Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy

§ Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy

§ Bachelor of Science (Honours) – Audiology

§ Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM

Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.

b) Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.

c) Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
enam kepujian
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :

· Bahasa Melayu

· Bahasa Inggeris

· Sejarah

· Matematik atau Matematik Tambahan

· Biologi atau Fizik atau Kimia atau

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan

· Satu mata pelajaran yang lain

d) Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

e) Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

f) Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis. Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

g) Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

h) Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL).

i) Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

j) Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

k) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

l) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran.

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

a. Warganegara Malaysia

b. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974.

c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

d. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

f. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

g. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

h. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MEMOHON

i. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my

Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

iii. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

iv. Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

v. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.


vi. Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


vii. Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.


viii. Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.


ix. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Hayati maksudnya


Kata hukama, “di kala manusia hilang segala-galanya, maka ketika itulah dia menemui siapa dirinya yang sebenar.”

hayati dan renung2kanlah.......


Mari Kenal diri

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Dari Dr.Fadzilah Kamsah.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari
9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan
dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9
maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda
mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu
hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna

….Jom cuba! ^_^….

sy ambik ni dari blog org, harap2la dia tak marah dan halalkan,ni kan ilmu hehhehe.

Alamak nak habis dah


Termasuk hari ni, tinggal 3 hari lagi kita semua akan melangkah ke tahu baru, tahun 2010. wah tak sabar rasanya nak masuk sem 3 tapi sedih gak sebab nak tinggalkan 2009 ni, terlalu banyak kenangan yang telah tercipta,tp yang penting semua tu tak akan kami semua lupakan, azam tahun baru kami ,nak bwat yang lebih baik daripada tahun ni pada tahun hadapan. Semoga berhasil

Tahun depan tak sabar nak pegi PBS lagi, hehehe tak pegi kuliah, dapat jumpa budak2 sekolah, dapat dengar dorang ucap, " Selamat Pagi Cikgu@cigu(org sabah la) ataupun Assalamualaikum cikgu" wah best. hehhehe perasanla tu.

Semoga tahun hadapan membawa seribu rahmat kepada kami bakal pendidik bangsa. tak lama lagi nak ucap bye2 dah kat tahun 2009.......


APA NAK JADILA DENGAN ................??



Hahahahah, hari ni telah membaca surat khabar berita tentang pelajar IPG KBA, haiya bikin takut o, apala punya pensyarah, panas o ni cerita, lebih panas dari air panas heheheh, bole2 tu pensyarah menggatal dan melakukan dot dot dot dot kepada pelajar perempuan.

kalau selalunya kita dengar dulu kes ni di universiti2, tapi kini nampaknya, IPGM telah mengikuti jejak langkah itu. kalau mengikuti jejak langkah yang baik, tidak kisahla, ni pasal yang buruk, haiya,ni mau lahirkan bakal cigu2, tp dia yang mau ajar tu cigu pun dak betul.fikir2kanlah, bawak2la bertaubat sapa yang terlibat tu.

kita menghormati mereka sebagai pensyarah, namun begitu, bukan bermaksud mereka boleh ambil kesempatan. Pada sesiapa yang belum baca dan rasa2nya ingin membaca berita itu, sila pegi ke sini,http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20091228230625/Article/.

Dulu cerita pasal IP Tawau ada gak kuar berita, tapi pasal air saja la, belum lagi mampu menandingi berita sensasi tersebut. Tp kami rasa, kami tidak mau la bertanding-tanding masuk paper pasal cerita gtu, harap2la kes tersebut tidak akan dan tidak akan pernah berlaku di IP kami, Amin...

semoga Allah melindungi IP kami,kalau dah buat dosa tu, bawak2la bertaubat, kembalilah ke jalan yang benar....

Monday, December 28, 2009

GAMBAR2 KENANGAN KITA

PAMERAN LITERASI BAHASA










PICNIC DI TABLE







KAJIAN GEO DI KG BALUNG COCOS







TEATER KANAK-KANAK







JAMUAN HARI RAYA DI UMAH FARHANA







BUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI JADI RUMAH EN HADI





BUKA PUASA RUMAH AYIN







GAMBAR2 TIME KELAS EN MUS







KELAS PA DI HUJUNG MINGGU







NI MASA AMALI PERGERAKAN ASAS







NI PIC KENANGAN MASA KAT KFC DAN GIANT






Mengenali siapa itu en NHM

ha dalam blog ni tak kurang jugak banyaknya kami menyebut nama en Norulhadi Muhamad, beliau yang juga pernah menjadi tutor kami dan yang banyak menabur jasa dan wang ringgit ke atas kami hehehehe..

oleh itu di sini kami ingin menayangkan gambar2 beliau sebagai kenang-kenangan hahahaha








hehehehe soryla en, sebab menayangkan gambar encek memakai tuala, tp tekpe en tetap menutup aurat hehehehe...