Tuesday, December 29, 2009

Muhasabah Diri Kita


Tak brapa hari lagi, kita akan tinggalkan tahun 2009, em nampaknya, akan beranjak lagi umur kita, makin bertambah tahun maka akan semakin tualah kita, tiada orang yang semakin tahun akan semakin muda.

Sebelum meninggalkan tahun ini, marilah kita ambil masa sejenak untuk memikirkan apa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini, baik dari segi kesilapan dan kebaikan yang telah kita buat. Orang yang tak sedar kesilapannya akan sentiasa mengulanginya sampai bila2.

Sebagai contoh, dalam pengurusan kewangan kita pada tahun ni, em tgoklah balik ke mana duit kita telah kita belanjakan, lihat balik apa benda yang patut dan tak patut yang telah kita beli, so tahun depan, janganlah ulangi balik, kalau tak, tu namanya tak fikir salah kita dan tak mahu perbetulkannya balik.

Banyak perkara yang perlu kita muhasabah diri tentang apa yang telah berlaku sepanjang tahun ni, ibarat kita belajar sejarah, kita belajar sejarah maknanya kita belajar apa yang telah berlaku pada waktu yang lepas, supaya kita tahu dan tak akan mengulanginya balik bila itu merupakan sesuatu yang salah.

Tak ada orang yang tak buat salah, daripada kesilapanlah kita belajar sesuatu yang baru, namun begitu, kita masih boleh melakukan kesilapan kerana itu lumrah kita sebagai manusia, tapi jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama, kerana itu maknanya kita tidak mempelajari sesuatu yang baru melainkan mengulanginya kembali.

So, sebelum kita melangkah ke tahun baru, kita nilailah diri kita sendiri, kalau bukan kita yang mahu menilai dan merubah diri, tak ada orang yang akan ubah kita, sebab orang lain juga mempunyai diri sendiri untuk dijaga dan dinilai.


0 comments:

Post a Comment