Sunday, December 27, 2009

PeNgUmUmAn2

Tahun depan iaitu tahun 2010 dan bersamaan dengan semester 3 bagi pelajar PISMP ambilan Januari 2009,

pengumuman kepada pelajar PISMP PS 09

  1. Ketua Unit bagi semester 3 ialah saudari Heidi Thairone Thomas Hinjiang
  2. Penolong Ketua Unit ialah saudari Hellika Gadipun


mereka berdua terpilih selepas semua yang belum lagi pernah menjadi KU menjalani undian. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.


bagi semester 3 juga subjek2 yang akan kita pelajari ialah

Kursus Wajib
  1. Hubungan Etnik

WAJ3106

Hubungan Etnik

(Ethnics Relations)

2(2+0)

Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan kursus ini meliputi perkara berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.


Kokurikulum- Unit Beruniform 1


Bina Insan Guru Fasa 3 ( 10 jam)


BIG Fasa III (10 jam)

Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.



Kursus Teras
  • Pengurusan Bilik darjah dan Tingkahlaku

EDU 3104

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

(Behavior and Classroom Management)

3(3+0)

Kursus ini membincangkan pengurusan bilik darjah sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah; model-model pengurusan disiplin; masalah disiplin murid-murid dan pengurusan murid-murid berkeperluan khas



Amalan Profesional

  • Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 --- Kursus elektif 1

Pengalaman Berasaskan Sekolah III

(School Based Experience III)

Pengalaman Berasaskan Sekolah III bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar tentang perkaitan antara kandungan kurikulum dengan faktor-faktor pembelajaran, bahan sumber pengajaran pembelajaran, strategi dan aktiviti, penerapan nilai dan kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.



Kursus Major semester 3 PISMP PS 09

  1. Pendidikan Pembangunan Lestari (3 Kredit) 2 campur 1

PSS3105

Pembangunan Lestari Pendidikan

(Education for Sustainable Development)

3(2+1)

Kursus ini memberi pendedahan pengetahuan tentang kaitannya pembangunan lestari dengan pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan untuk kefahaman sejagat. Kandungannya meliputi pengenalan pendidikan alam sekitar dan pembangunan lestari, pendidikan pembangunan lestari dan pendidikan untuk kefahaman sejagat, interaksi manusia dengan alam dan sumber semula jadi, dan strategi pendidikan lestari dalam Pengajian Sosial. Kursus ini juga memerlukan pelajar melaksanakan aktiviti amali.



  1. Politik dan Kerajaan ( 3 Kredit) 3 campur 0

PSS3106

Politik dan Kerajaan

(Politics and Government)

3(3+0)

Kursus ini menghuraikan maksud sains politik dan kaitannya dengan Pengajian Sosial dengan merujuk sistem politik Malaysia, perbezaan sains politik, politik, kuasa dan autoriti, kewujudan negara, bentuk-bentuk kerajaan-tinjauan perbandingan, doktrin pengasingan kuasa, kedaulatan, dan politik dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam.



Pekej elektif 1 Pendidikan Jasmani

  • Anatomi dan fisiologi kna masuk dalam PBS 3

PJMK3106

Anatomi dan Fisiologi

(Anatomy and Physiology)

3(2+1)

Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. peringkat kimia, selular dan tisu organisma. sistem integumentarim, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisma serta sistem urinari.



  • English Language Enrichment I (kursus elektif, tiada peruktukan kredit)

ELS3101

English Language Enrichment I

(Pengayaan Bahasa Inggeris I)

TK

This course is optional and is offered in Semester 3 over a period of 10 weeks. It focuses on Tense types and aspects, Subject-verb agreement, Sentence types, and Cohesive devices in spoken and written language. This will improve and reinforce learners’ basic understanding and awareness of how the English Language works in terms of form, function and meaning.

Kursus ini adalah opsyenal dan ditawarkan dalam Semester 3 selama 10 minggu. Tumpuannya kepada penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris dalam lisan dan penulisan. Ianya mengukuhkan lagi pengetahuan asas serta meningkatkan kesedaran pelajar tentang bentuk, fungsi dan makna dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

  • Elektif 2 ( belum tahu yg mana 1 antara di bawah ni)

· Bahasa Melayu

· English Language

· Pendidikan Moral

· Pendidikan Seni Visual

· Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

· Pendidikan Muzik






0 comments:

Post a Comment